355165807995838
Loading...

AmiDuos - Alternatif Terbaik berbanding Bluestacks

  Tahukah anda terdapat alternatif lain bagi Bluestacks? Amiduos adalah salah satu alternatif bluestacks dan boleh dikatakan terbaik be...

 

Tahukah anda terdapat alternatif lain bagi Bluestacks? Amiduos adalah salah satu alternatif bluestacks dan boleh dikatakan terbaik berbanding emulator android lain. Bagi kebanyakan pengguna, Bluestacks memerlukan peranti 'high-end' untuk berjalan dengan lancar. Dan di samping itu, Bluestacks sangat ketinggalan dari segi penampilan dan kekemasan.

AmiDuos merupakan aplikasi percuma untuk Lite Version dan berbayar untuk Pro Version 1.0 dan 2.0. Hackjela telah mencuba AmiDuos Pro Version 1.0 dan mendapati sememangnya berbaloi dengan pembelian tersebut. Anda boleh mencuba Lite Version dahulu, jika berminat dan rasa berbaloi, boleh la cuba Pro Version.

 

Apakah kelebihan AmiDuos ni?


  1. Sangat ringan dan laju berbanding emulator Android lain.
  2. Terdapat sistem operasi Jellybean dan Lollipop(Pro).
  3. Kebolehan untuk di 'root' dengan mudah.
  4. Aplikasi yang disediakan bebas daripada adware jika dibandingkan dengan Bluestacks.


Emulator Android di PC memudahkan ramai developer android untuk mencuba aplikasi yang dihasilkan. Emulator ini juga pastinya memudahkan lagi kaki gamer untuk bermain game mereka di PC tanpa risau akan masalah bateri di peranti Android.

 

Bagaimana cara muat turun dan install Amiduos?


  1. Pergi ke link ini.
  2. Scroll ke bawah dan cari bahagian AmiDuOS Lite 1.1 (Jellybean). Di sini anda perlu pilih versi 32 bit atau 64 bit. Bergantung kepada sistem operasi PC anda.
  3. Setelah anda selesai muat turun installer tersebut. Anda hanya perlu install AmiDuos seperti biasa. Biarkan installer tersebut memuat turun fail-fail yang diperlukan. Proses install ini bakal mengambil sedikit masa untuk siap.
  4. Selepas siap, anda perlu install Google Apps dahulu untuk membolehkan anda memiliki Google Play, Gmail, dan sebagai nya dalam AmiDuos tu. Anda muat turun dahulu GAPPS untuk Jellybean atau GAPPS untuk Lollipop.
  5. Pastikan anda dah buka AmiDuos. Lepas tu anda hanya perlu right click pada fail zip GAPPS yang anda download, dan klik "Apply to AmiDuos" untuk install GAPPS.

Selamat menggunakan Android pada PC anda. Semoga bermanfaat.

Featured 5108480205820422085

Catat UlasanDisqus Comments

Laman utamaitem

Mesej Penting

Untuk like bahagian yang dikunci anda perlu disable adblock. Terima kasih

Official Google+ Page

Follow by Email