355165807995838
Loading...

Tingkatkan Prestasi Windows Anda menggunakan Ramdisk!


Tutorial meningkatkan prestasi WIndows menggunakan RAM Disk. Dapatkan prestasi yang tinggi dengan cara yang murah ini. Seperti yang kita tahu, SSD lebih baik daripada Hard Disk. Tetapi, tidak semua orang mampu memiliki SSD kerana harganya yang mahal. Akhirnya, sebuah syarikat telah berjaya melancarkan satu software bergelar RAM DISK yang dapat meningkatkan prestasi Windows anda melebihi prestasi menggunakan SSD dengan murah. Cara ini berkesan pada sistem operasi Windows 7 dan Windows 8. Kaedah ini telah terbukti dapat meningkatkan FPS game sebanyak 200%.

Samada anda memiliki hard drive atau pun SSD, RAM komputer anda ialah medium penyimpanan yang terbaik bagi sistem laptop anda. Jika anda memiliki RAM melebihi 2GB, anda boleh mengubah lebihan GB RAM anda menjadi disk RAM bersaiz kecil. Disk ini akan kelihatan pada windows anda sebagai medium penyimpanan seperti biasa. Tetapi sebenarnya disk tersebut akan digunakan oleh software seterusnya untuk menyimpan data applikasi atau software-software yang anda gunakan menyebabkan peningkatan prestasi 2 kali ganda!

Apa Yang Anda Perlukan?


  1. RAM yang melebihi 2GB. Ini bergantung sebenarnya. Jika anda bukan kaki game, Anda perlukan 3GB RAM. 1GB RAM daripada 3GB RAM itu anda akan gunakan untuk RAM DISK. Jika anda kaki game, anda perlukan 4GB RAM. 2GB RAM untuk sistem anda dan 2GB RAM untuk RAM DISK. Pilihan yang terbaik ialah jika anda memiliki lebih daripada 4GB RAM. 4GB RAM anda gunakan untuk sistem manakala selebihnya anda gunakan untuk RAM DISK.

  2. Sistem Operasi 64 BIT. Ini untuk kaki game. Mengapa sistem operasi 64 BIT? Kerana hanya sistem operasi 64 BIT sahaja yang mampu menggunakan lebih daripada 4GB RAM. Jika anda menggunakan 32 BIT, walaupun anda memiliki contohnya 8GB RAM, laptop anda hanya akan dan mampu menggunakan 4GB RAM. 4GB RAM yang lain itu tidak digunakan / bermanfaat langsung. Jika anda memiliki sistem operasi 64 BIT, sistem anda dapat memanfaatkan lebihan RAM daripada 4GB tersebut. Anda boleh merujuk entri ini untuk memahami Perbezaan Sistem Operasi 32 BIT dan 64 BIT. Untuk menyemak sistem operasi anda, klik kanan pada icon My Computer dan klik Properties. Lihat pada bahagian System Type.



  3. Perisisan RAM DISK. Anda memerlukan software ini untuk mengubah RAM anda kepada RAM DISK. Terdapat pelbagai versi software yang ditawarkan. Tapi kali ini admin mengesyorkan anda menggunakan versi percuma sahaja. Download DataRam RAM DISK dahulu.


SETTING RAM DISK


  1. Install RAM DISK. Klik kanan installer tersebut, Run As Administrator. Kemudian install seperti biasa.


  2. Buka RAMDisk Configuration Utility. Dan Run As Administrator.


  3. Set jenis dan saiz RAMDisk pada tab setting. Klik dahulu pada View dan Click Advance. 1GB=1024MB. 2 atau 3GB? Do the Maths bro. Kemudian, set jenis RAMDisk ke Unformatted.


  4. Tandakan Load Save Image at Startup dan Save Disk Image at Shutdown pada tab Load and Save. Gambar di bawah mungkin berbeza. (Ini versi lama).
     



  5. Klik start RAMDisk.


  6. Klik install Driver apabila pertama kali menggunakan software ini.


  7. Tunggu sehingga RAMDisk started. Selesai.


Berapa Kelajuan Baru Yang Dicapai?


Untuk mengetahui berapa kelajuan yang telah dicapai daripada software ini, sebuah laptop Windows 7 telah yang menggunakan hard drive dan memiliki 8GB RAM. Apabila CrystalDiskMark dijalankan, hasil yang dilihat amat memuaskan. Kelajuan Sequential Read menjadi 50x laju, Write Speed 70x laju! 


Kemudian laptop tersebut telah diuji untuk membuka aplikasi popular seperti Adobe Reader, Excel 2013, Photoshop CS5, Word 2013, dan hasil menunjukkan bahawa kelajuan dramatik telah dicapai.

AplikasiHDD Only (saat)HDD / RAM Disk (saat)SSD Only (saat)SSD dengan RAM Disk (saat)
Adobe Reader 10 73.63.5 3.1 
Excel 201010 4.13.71.9
Photoshop CS 5.1 22.19.75.54.8
Word 20103.1 1.60.80.4

Video di bawah menunjukkan perbandingan penggunaan RAMDisk pada game ARMA 3. Try la pula untuk game lain seperti Dota 2. Mesti boleh boost game Dota 2!

Tweak 8270412080553616177

Catat UlasanDisqus Comments

Laman utamaitem