355165807995838
Loading...

Revolusi HDMI: Apa itu Chromecast ?

chromecast

Google baru-baru ini telah melakukan satu lagi revolusi terhadap dunia teknologi dan maklumat selepas memperkenalkan Google Glass. Kali ini ialah Chromecast. 

Dah dekat nak raya, Google perkenalkan benda ni. Memang baik lah. Hehe. Apa itu Chromecast Chromecast ialah peranti yang menggunakan teknologi tanpa wayar yang memiliki keupayaan untuk menghasilkan video berdefinisi tinggi pada telivisyen yang memiliki 'HDMI' melalui peranti android, pc, laptop, macbook, iphone, apa-apa sahaja yang memiliki keupayaan wireless connection.

Chromecast ialah peranti yang sangat mudah; sambungkan nya pada televisyen anda, dan kongsikan video dari android, iDevice, laptop anda, kepada keluarga anda atau sesiapa sahaja yang bersama anda. Chromecast tidak memiliki remote control. Anda mengawal peranti ini melalui telefon anda atau laptop anda. 

"Wow! So aku tak perlu subscribe Astro lagi ke". Tak la. Bukan macam tu. Chromecast cuma dapat share video terus ke telivisyen anda dengan mudah. Jika dahulu hanya laptop yang memiliki fungsi hdmi sahaja yang mampu disambung menggunakan kabel ke TV, sekarang tidak lagi. Dari tablet \ handphone anda pun boleh!

cast

Bayangkan, semasa keluarga anda berkumpul, samada semasa perayaan atau kejutan harijadi? TV anda secara tiba-tiba2 menayangkan video yang lawak, menakutkan, atau apapun dari telefon anda. Memang GEEK la family awak kalau macam tu :) Video anak awak ke. Video ucapan ke. Video latihan untuk musik ke. Memang banyak kegunaan nya.

chrome 2

Dan yang penting sekali tau apa? Harga Chromecast hanya !!!

Kalau tak percaya, cuba korang tengok kat video ni. Memang terbaik la. Nak order untuk Aidilfitri 2013?


Webpage Official Chromecast
Gadget 1198986578752228224

Catat UlasanDisqus Comments

Laman utamaitem