355165807995838
Loading...

Cara Memperbaiki Masalah iOS 6.1.3 Wifi Grey Out


Apple telah mengeluarkan software update iOS 6.1.3 untuk menggantikan iOS 6.1.2. Sebahagian besar pengguna iPhone 4s dan iPad telah mengalami masalah wifi sejak itu.

Perkara ini menimbulkan kesulitan dan kemarahan terhadap pengguna iPhone 4S dan iPad. Mengapa? Apple mengatakan bahawa masalah wifi tersebut adalah masalah hardware, dan pengguna perlu membayar 200$ @ RM 600+ untuk menggantikan chip wifi dalam peranti tersebut. Rasa tertipu bukan? Ini bukan masalah hardware. Buktinya, hampir seluruh pengguna peranti ini mengalami masalah wifi selepas update 6.1.3.

Apakah masalah wifi grey out tersebut? Lihat screenshot di bawah.


Admin telah mengalami masalah ini lebih kurang dua bulan! Bayangkan, 2 bulan mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini tetapi tidak berjaya.

Penyelesaian yang 'tidak berjaya' ?

1. Reset network setting.
    
    Admin telah mencuba banyak kali, tapi hasil nya tetap sama.
2. Restore/upgrade di iTunes.
    Sama. Tidak berjaya.

Akhirnya, setelah bertanya dengan rakan anonymous yang lain, beliau memberikan penyelesaian yang berikut:

"Masalah wifi bagi iOS 6.1.3 ialah akibat firmware yang terkandung pada iOS 6.1.3. Firmware ini memiliki 'fault' di mana ia akan menyebabkan masalah power management. Oleh itu, bateri device yang menggunakan iOS 6.1.3 mengalami 'exhaustion'. Semasa pengguna device cuba menggunakan wifi, device tersebut akan menyemak samada power supply adalah cukup untuk menghidupkan wifi. Oleh kerana iOS 6.1.3 mengalami bug dalam penggunaan tenaga, wifi tidak dapat dihidupkan atau berfungsi dengan baik."

Terdapat 2 cara mengatasi masalah ini.

1. Menggunakan hairdryer

    
Panaskan wifi anda menggunakan hairdryer mengikut gambar di atas

2. Menggunakan Freezer (cara yang berkesan untuk saya)

  - Masukkan iPhone | iPad anda ke dalam bekas kedap udara
  - Tutup dengan ketat
  - Selaraskan Freezer anda ke 'Coldest'
  - Biarkan selama 15-30 minit.
  - Selepas 15-30 minit, keluarkan dan biarkan ia kering dan kembali ke suhu normal dalam 10 minit.

Dan ini lah hasilnya. Aku pun pelik kenapa trik ni menjadi. Apapun, syukur alhamdulillah :) Dah boleh connect wifi!

     



Gadget 1166595663419078518

Catat UlasanDisqus Comments

Laman utamaitem

Mesej Penting

Untuk like bahagian yang dikunci anda perlu disable adblock. Terima kasih

Official Google+ Page

Follow by Email