355165807995838
Loading...

Apps Yang Tidak Sesuai Untuk Golongan Muda



Sebagai respon kepada aplikasi iPhone dan iPad melalui Appstore, admin HackJela ingin berkongsi kepada anda mengenai..

Mengenai apps yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Apps yang dimuat naik dalam Apps Store memiliki age rating. Kegunaannya adalah sebagai notis kepada pengguna iDevice mengenai had umur sebelum memuat turun sesuatu aplikasi. Pada zaman gadget dan internet ini, kanak-kanak yang berumur 6 hingga 8 tahun pun sudah mahir menggunakan gadget untuk memuat turun applikasi, lagu, dan sebagainya. Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang timbul daripada teknologi ini, yang melibatkan masalah sosial terhadap golongan muda. Anda, pembaca blog Hackjela, sebagai seorang abang atau kakak kepada adik, ibu atau ayah kepada anak, seharusnya mengambil berat terhadap apa yang mereka lakukan. Ini kerana terdapat banyak aplikasi di AppStore sememangnya membawa gejala sosial dan pornografi.


clip_image001

Mengapa aplikasi-aplikasi tersebut merbahaya kepada sahsiah golongan celik? Apps tersebut dapat berkongsikan kepada orang lain mengenai di mana mereka berada, berbual secara online tanpa batasan, dan memberikan tawaran mudah kepada bahan-bahan pornografi yang sememangnya menggalakkan sikap yang ganas dan tidak bermoral.



Ini adalah aplikasi-aplikasi yang anda patut beri perhatian:
[next]

Snapchat


SnapChat
Aplikasi ini membolehkan golongan muda menangkap gambar dan menghantarnya kepada rakan-rakan ataupun kepada kumpulan kawan mereka. Sejurus selepas gambar itu diterima, gambar tersebut akan hilang. Oleh kerana fitur applikasi ini yang akan menghilangkan gambar setelah diterima, ramai golongan muda ini menyalahgunakan aplikasi ini dengan menghantar gambar-gambar yang bersifat pornografi dengan harapan bahawa Sarcastic smileini sekadar permainan” atau “gambar ini tetap akan hilang ”. Apa yang lebih menakutkan, iDevice memiliki fitur ScreenCapture. Seseorang yang menerima gambar lumayan itu pastinya akan segera melakukan screencapture bagi menyimpan atau menyebarkannya.

KiK Messenger 


KiK Messenger
Memiliki rangking ke-7 dalam kategori Social Networking di AppStore, Kik ialah servis penghantaran mesej kepada semua smartphone yang membolehkan pengguna berbual, menghantar gambar, fail, mahupun kad elektronik. Fitur Kik yang menggunakan id USERNAME sebagai identiti, dan bukannya nombor telefon, menjadikan aplikasi ini sebagai tempat manusia buas untuk mencari mangsa mereka terutama golongan muda yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Lihat lah contoh perbualan di atas.

LuLu

Lulu

Aplikasi terbaru dari Amerika, di mana aplikasi ini direka hanya untuk perempuan. It is a girls-only app. Aplikasi ini digunakan untuk melakukan rating terhadap jantan-jantan yang dimuat naik berserta gambar dan maklumat peribadi. Ulasan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan ini adalah anonymous Ninja, ataupun tidak dikenali, yang menggalakkan pengguna wanita untuk melakukan ulasan seksual sebebas-bebasnya . Sememangnya ini ialah aplikasi untuk golongan dewasa.
[next]

Tumblr

Tumblr

Aplikasi blogging yang paling popular dalam App Store yang membolehkan mereka yang berumur 17 tahun dan ke atas melepasi tag seksual Red lips yang dihadkan oleh Tumblr. Ia adalah tempat yang paling diminati ramai untuk memuat naik gambar-gambar ganas, seksual, gansterisma, dan hedonisme. Tumblr secara tidak langsung telah menggalakkan budaya ini melalui pengenalan sexual search tag yang menjadi tag yang paling popular dalam Tumblr.


9GAG

clip_image007

Ini ialah aplikasi foto yang menghiburkan pengguna dengan gambar-gambar yang sinis dan sarkastik. Selain daripada menghidangkan pengguna dengan lawak jenaka, aplikasi ini juga menghidangkan pengguna mereka kepada sifat ingin tahu pada budaya barat, termasuklah

  • Tuhan tidak wujud
  • Awek/perempuan yang dara adalah perempuan yang tidak laku
  • Group sex ialah suatu kemestian dalam kehidupan kolej | universiti
  • Hedonisme ialah heroin kepada golongan muda
  • Illuminati adalah ajaran yang terbaik untuk terus berjaya dalam dunia ‘survival of the fittest’

Adakah anda memiliki pandangan lain? Ataupun cadangan mengenai aplikasi lain yang perlu diberi perhatian? Sila komen di bawah.
Gadget 1116676385909471003

Catat UlasanDisqus Comments

Laman utamaitem